Sunday 27 April 2014

Kelebihan Sustained Release Vita-C Plus

Vitamin C atau juga dikenali sebagai L-ascorbic Acid, adalah vitamin larut air yang diperlukan sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan. 

Badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C jadi ia mesti diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Tetapi kebanyakan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing dan sebab itu kita perlu menggantikannya dengan suplemen setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan :
  • lemah badan
  • sakit-sakit dan sengal badan
  • bengkak gusi
  • hidung berdarah
  • Scurvy iaitu pendarahan pada badan, lebam-lebam, gigi mudah tercabut, pendarahan ke dalam otot dan sendi
  • Anemia
Kekurangan vitamin C terjadi kepada seorang perokok  kerana 1 batang rokok menghapuskan 50 hingga 100 mg vitamin C. Individu yang selalu stress, ambil kontraseptif dan pil penahan sakit akan mempercepatkan penyusutan vitamin C dalam badan. Pesakit AIDS, kanser dan pesakit yang menjalani pembedahan juga mempunyai paras vitamin C yang rendah.

Fungsi Vitamin C :

1. Membentuk kolagen - ia merangsang pembentukan kolagen untuk protein, kulit, ligamen, tendon dan salur darah. Ianya mampu memperlambatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

2. Memperbaiki simptom pendarahan - mencegah gusi berdarah, lebam di kulit, mempercepatkan pemulihan kecederaan, mencegah kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan sistem imun - adanya vitamin C dalam badan memudahkan penyerapan zat besi yang lebih baik untuk membina sel darah merah yang sihat, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkat alergi, asthma dan mengurangkan simptom selsema.

4. Memerangi kanser - satu-satunya anti oksidan yang berkuasa untuk melawan radikal bebas. Ia meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5. Mencantikkan kulit - mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen iaitu penyebab utama jeragat.

6. Memperbaiki insomnia - memperbaiki masalah insomina dan stress.

7. Mengekalkan kolestrol sihat - ia mengurangkan paras Low Density Lipoproteins (LDL) atau kolestrol yang tidak baik dan pada masa yang sama meningkatkan High Density Lipoproteins (HDL) atau kolestrol yang baik. Ia juga menurunkan tekanan darah tinggi, mencegah atherosclerosis.

Mari kita lihat pula kenapa Vitamin C dari Shaklee adalah tepat buat anda?


Keistimewaan Shaklee Sustained Release Vitamin -C Plus 500 mg
Shaklee Sustained Release Vitamin -C Plus dengan 120mg bioflavonoids (bahan baru) adalah daripada ekstrak kanji jagung, sumber semulajadi. 

Keistimewaannya ialah Vitamin C ini kekal di dalam badan selama 5 jam dan dilepaskan perlahan-lahan seperti memakan 1.5 bji oren (iaitu bersamaan 100 mg) setiap 1 jam.

1 tablet Vitamin C mengandungi 7.5 biji buah oren termasuk kulitnya!

Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam

Bahan tambahan baru iaitu bioflavonoids berfungsi meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Memadaikah mengambil sumber vitamin C dari buah-buahan?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60 mg vitamin C. Buah-buahan itu akan menghasilkan vitamin C yang lengkap selepas 10 hari masak ranum. Buah yang tidak masak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Harga sebotol Sustained Release Vita-C Plus ialah RM 92.00. Dalamnya terdapat 180 biji. Jika satu biji dimakan setiap hari, harga setiap biji jatuh pada harga 51 sen sahaja, tahan untuk 6 bulan lamanya!

Berbaloi bukan? 51 sen sebiji untuk kandungan vitamin C dalam 7 setengah biji oren setiap hari. Saya fully recommend vitamin ini untuk sesiapa sahaja. Perokok dimestikan untuk ambil vitamin C setiap hari.

Jika berminat boleh hubungi saya di talian bawah.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 

No comments:

Post a Comment