Thursday 22 May 2014

Perbezaan Vita - C Plus 500mg dan Chewable Vita - C Plus 100mg

Kali ini saya nak berkongsi informasi tentang dua produk panas di Shaklee. Kedua-dua produk ini amat popular sehingga ada kala mereka bergilir-gilir ambil tempat 'Out of Stock' seluruh Malaysia. Ya, seluruh Malaysia!

Mari kita lihat perbezaan kedua-dua vitamin C Shaklee ini supaya ia dapat membantu anda memahami dan membuat keputusan yang tepat.

(1) Perbandingan kandungan 2 produk ini:

Sustained Release Vita-C Plus 500 mg (Vitamin C & Citrus Bioflavonoids) 180 tablets




Mempunyai Ascorbic Acid 95% (Vitamin C)  553.00 mg
Citrus Bioflavonoids Complex                       120.00 mg
 - membekalkan:  7.50 mg Lemon Bioflavonoids
                          7.50 mg OrangeBioflavonoids
                          7.50 mg Grapefruit Bioflavonoids
                          7.50 mg Hesperidin
*Mengandungi Rose Hips Flavor.

Chewable Vita- C Plus 100 mg (Vitamin C, Rose Hips & Citrus Bioflavonoids)  90 tablets



Mempunyai Ascorbic Acid  (Vitamin C)        117.90 mg
Rose Hips Powder (Rosa Canina)                  40.00 mg
Citrus Bioflavonoids Complex                        24.00 mg
 - membekalkan:   2.00 mg Lemon Bioflavonoids
                           1.50 mg OrangeBioflavonoids
                           0.50 mg Grapefruit Bioflavonoids
                           2.00 mg Hesperidin


(2) Perbandingan bagaimana 2 produk ini bertindak:

Sustained Release Vita-C Plus 500 mg 

  • Bertindak secara "Sustained Release" iaitu perlepasan perlahan-lahan secara berterusan dalam tempoh 5 jam. Setiap sejam, ia akan melepaskan 100 mg vitamin C yang bersamaan dengan 1.5 biji oren.
  • 1 tablet Sustained Release Vita-C Plus ini membekalkan7.5 biji buah oren termasuk kulitnya sekali.
  • Pengambilan 2 tablet sehari mampu kekal dalam plasma darah selama 24 jam.
  • Uniknya, fungsi Sustained Release oleh Shaklee ini mengelakkan pembaziran kerana vitamin C adalah vitamin larut air yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Vitamin jenis ini mudah larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Kelebihannya, ia memastikan badan dapat menyerap vitamin C sepenuhnya dalam masa 5 jam itu.
Sesuai untuk dewasa yang tiada masalah untuk menelan pil. Kelebihannya ialah ia tidak perlu diambil berulang kali.

Chewable Vita- C Plus 100 mg
  • 1 tablet kunyah bersamaan dengan 100 mg vitamin C.
  • Apabila dikunyah, air liur akan membantu menghadamkan ia dan memudahkan penyerapan apabila sampai ke usus perut. 
  • Kajian mengatakan, kebaikan mengambil vitamin C dalam dos yang kecil dan dijarakkan masanya adalah lebih baik untuk penyerapan optimum jika dibandingkan pengambilan sekaligus dalam dos yang besar.
Sesuai untuk kanak-kanak, dewasa yang punya kesukaran untuk menelan pil, mempunyai perut sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit birit.


    (3) Persamaan 2 produk ini:
    • Jumlah kuantiti kandungan Chewable Vita - C Plus adalah hampir sama apabila dimakan 5 biji sehari untuk mendapatkan khasiat 500 mg vitamin C.
    • Kedua-duanya mengandungi Citrus Bioflavonoids yang berfungsi meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh. Ia mengelakkan vitamin C dari cepat teroksida. Ia juga melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

    Siapa yang memerlukan Vitamin C?
    • Perokok
    • Orang yang mudah stress kerana keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C.
    • Orang yang mengambil pil perancang dan kontraseptif, juga menyusutkan vitamin C yang banyak.
    • Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah. Selalu dijangkiti demam dan selsema.
    • Orang yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan eczema. 

    Jadi anda bolehlah pilih vitamin C Shaklee mengikut kesesuaian anda.

    Entry lain yang mungkin anda berminat:
    (1) Kelebihan Sustained Release Vita - C Plus
    (2) Masalah jeragat?
    (3) Vitamin untuk anak-anak

    Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

     Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
    >SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
    >Email: nfarahr@gmail.com
    >LIKE kami di Facebook Vitalife2u

    No comments:

    Post a Comment